« Hak Berhimpun : Ekspresi Hak Asasi atau Hak Berdemonstrasi | Main | PILIHANRAYA UMUM KE 12??? »

SElamat Kembali...

Sudah lama penulis tak menulis blog. so, otak pun dah agak berkarat. terima kasihlah pada ikmal, wmfirdaus, adihamka, saifullah, hilmiramli, dan kawan-kawan lain yang terus menerus menulis demi mengekspresikan pandangan dan pendapat dengan panjang lebar.

Penulis sudah 2-3 bulan tidak menulis, banyak perkara yang telah berlaku yang tidak asempat penulis rakamkan dalam penulisan ini. Mungkin sedikit pengalaman penulis di selatan thailand cukup menyentuh hati dan perasaan pembaca disini.

Penulis diberi peluang oleh pimpinan pkpim untuk sama2 mengikuti rombongan melawat YAla, patani, narathiwat. Pada pandangan penulis mungkin orang-orang di selatan thai ini dhaif dari segi harta tetapi kaya dengan kesopanan dan adab sopan. Di ketiga-tiga wilayah ini hampir 90% majoritinya muslim.

Pembangunan kerohanian cukup hebat dengan wujudnya sekolah pondok, sekolah agama dan sebagainya. Bahasa melayu telo kelate tidak menjadikan kami kekok apabila berurusan disini. Duit Malaysia juga diterima TETAPI di sempadan sungai Golok jer lah.

Sewaktu rombongan kami berada disini. Thailand sedang sibuk berkempen ahli-ahli senatornya. Wajar kita perhatikan bagaimana mereka lebih demokrasi berbanding kita hatta kedua-dua dewan tertinggi dalam parlimen mereka dipertandingkan seperti pilihan raya.

Tidak seperti disesetengah negara, bilamana parti pemerintah berjaya di kerusi dewan rakyat, dewan negara dipenuhi puak mereka juga. Bagaimana undang-undang yang kita ingin perbuat akan lebih telus???? Walaupun ketika disini, perintah berkurung masih lagi dikuatkuasakan. Namun perjalanan hidup rakyat nya tetap berjalan seperti biasa. MEnurut sumber disini, pertempuran adalah antara tentera dan gangster atau polis.

Pengalaman menaiki keretapi yang seperti keretapi negara India/indonesia yang anda pernah saksikan di national geographic begitu juga keadaanya di selatan thai. Dhaif, tetapi cukup mengingatkan penulis bersyukur hidup di Malaysia. tetapi dalam kedhaifan mereka terpancar sinar rahmat dan bahagia di wajah mereka.

Rumah-rumah ALLAH sentiasa penuh didatangi dan terdapat madrasah tabligh terbesar berada dikawasan ini. Pada pandangan penulis biar kita miskin harta jangan miskin iman, janganlah kita dinafikan pandangan dari terus menikmati kekayaan ALLAH...

                            

Comments

Post a comment

Post a comment

Name:

You are currently signed in as .